Sahabat Selamanya

Tuesday, January 3

Kita takkan dapat semua yang kita nak

Assalamualaikum..

In life, kita selalu inginkan banyak benda. Impikan banyak perkara. Tapi apa yg kita dapat selalunya tak sebanyak mana pun. Kadang-kadang kita cuma dapat sebahagian dari apa yang kita inginkan, dan kadang-kadang kita tak dapat langsung. Tapi apa-apa pun, kita tetap dapat sesuatu.

Aku sebagai seorang manusia biasa, memang banyak perkara yang aku impikan. Lagi-lagi aku memang jenis yang kuat berangan. Dah boleh jadi minah jenin pun. Tapi aku bukan nak cerita pasal angan-angan. Aku nak cerita pasal apa yang aku nak, dan apa yang aku dapat.


Dulu masa zaman muda remaja, aku pernah buat satu perancangan untuk hidup aku. Dalam perancangan aku, aku takkan terima mana-mana lelaki dalam hidup aku. Maksud aku, aku takkan bercinta sebelum nikah dan hanya akan berkahwin dengan lelaki pilihan orang tua. Kolot kan aku? haha. memang pun, so what?? kehkehkeh

Actually parents aku memang beri kebebasan pada anak-anak mereka untuk memiliih pasangan masing-masing. Tapi aku tetap dengan pendirian aku, tak mahu bercinta dengan sesiapa kerana pada fikiran aku, keluarga pasti takkan bersetuju dengan pilihan aku. Berdasarkan pengalaman aku, apa yang aku mahu dan apa yang aku cari biasanya memang sedikit berbeza dari apa yang mereka mahu.

Lagipun bukankah lebih molek begitu? Sekurang-kurangnya aku boleh menjadi anak yang baik. Boleh juga menjaga diri daripada perkara-perkara tak elok. hikhik. Jadi dalam hal ni awal-awal lagi aku dah pesan pada parents aku, kalau nak carikan calon untuk aku, carikan je tak payah tanya.

Keputusan aku itu akhirnya memakan diri apabila pada suatu hari, tanpa sengaja aku terjatuh hati pada seorang sahabat yang aku kenali secara tak sengaja. Kisah perkenalan kami dan bagaimana aku boleh terjatuh hati pada dia aku akan cerita lain kali. Tapi sekarang aku dan si dia dah tak ada apa-apa.


Seriously and honestly, aku memang sukakan si dia, dan dia pun sama. Tapi memandangkan aku dah bagi kuasa veto penuh pada parents aku, biarlah mereka teruskan usaha murni mereka tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagipun kalau aku teruskan belum tentu mereka akan bersetuju. Macam yang aku katakan tadi, selera aku tak sama dengan selera mereka. Selera aku campuran antara Melayu kontemporari dan klasik, selera mereka pula lebih ke arah Jawa dan lebih tradisional. hehe, ok itu cuma contoh, tiada kaitan pun.

Berbalik pada tajuk asal, apa yang aku nak bagitau kat sini ialah, kita hanya boleh rancang apa yang kita inginkan berlaku dalam hidup kita, tapi kita tak boleh pastikan apa yang kita inginkan tu benar-benar terjadi. Bukankah ibubapa lebih tahu apa yang baik untuk anak-anak mereka, dan Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya?

Oh ya, perasan tak? Akhirnya aku kembali pada perancangan asal aku, which is nak kawin dengan pilihan orang tua. So rancangan aku sebenarnya tak berubah pun. Setakat ini, rancangan aku masih bergerak selari dengan perancangan Dia. Alhamdulillah. See how wonderful life is? hehe..

Friday, December 30

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni fikiran aku sangat berserabut dan kusut. Apa yang aku fikir? Well mostly of course masalah dunia. Masalah cinta, hati, perasaan, hidup, kerjaya, masa depan, pendek kata semua masalah bercampur-aduk jadi satu dan menyesakkan minda aku. Mungkin ini satu lagi sebab kenapa aku tak ada mood nak buat kerja.

Fikiran aku sekarang sangat sesak sampai aku rasa aku dah tak boleh nak berfikir. Sampai nak buat kerja pun aku tak tau apa nak buat, macamana nak buat, kalau buat pun serba tak kena serba tak betul salah sana salah sini. Akibatnya kerja-kerja aku semua tergendala. Haish, susah jugak jadi manusia yang terlalu kuat berfikir ni kan?

Seriously aku rasa aku perlukan sedikit banyak masa untuk tenangkan fikiran. Jadi sempena cuti tahun baru ni aku ingat nak pergi 'bertapa' sekejap.Dan untuk memastikan proses pertapaan berjalan dengan lancar dan telus, segala alat dan medium untuk berkomunikasi akan di 'shutdown' dan di 'nyahaktif' kan sepanjang tempoh pertapaan.

Oh ya, untuk tahun 2012 aku ada beberapa perancangan. Antaranya aku ingat nak berhijrah dan merantau. Tak cukup lagi ke perantauan selama 6 tahun sebelum ni? Memang tak cukup. Enam tahun merantau dulu aku rasa tak ada apa-apa makna, jadi aku nak merantau lagi. Harap-harap kali ni penghijrahan aku berjaya.